PENGENALAN

Dania adalah sebuah syarikat pembuatan dan pemasaran perabot taman dengan hasil produk hiasan taman dan laman yang cantik, menarik, kemas dan berkualiti. produk keluaran Dania menjadi aksesori pelengkap bagi menyerlahkan nilai estetika dan keindahan sebuah taman.

Operasi utama Dania adalah dengan menghasilkan dan memasarkan produk hiasan taman seperti pondok, wakaf, gazebo, pergola, meja taman, kolam dan sebagainya. selain itu, Dania terlibat aktif dalam merekabentuk produk ubahsuaian rumah seperti auning, parkir, anjung, beranda, pagar kayu, pintu gerbang, dll.

Di samping itu, Dania juga berjaya merealitikan produk seperti Chalet dan rumah kayu. tidak ketinggalan, Dania juga turut menyelitkan unsur-unsur kesenian dan keindahan seni ukir bagi menyerlahkan produk yang dibekalkan kepada pengguna. Dengan pengalaman yang luas dalam bidang perabot taman, Dania boleh mengilham dan menghasilkan produk yang cantik, menawan, unik, dan berkualiti. ini sekali gus mampu menjadikan produk Dania amat diminati dan menjadi pilihan penggemar perabot taman berasaskan kayu.

Diperbuat daripada kayu tropika seperti Chengal, balau, keruing, kempas dan kayu bersifat sangat keras yang lain. Ianya dapat memastikan produk Dania sesuai dengan semua keadaan cuaca. keindahan lanskap dan suasana laman yang sememangnya mampu menceriakan penggunanya selain dapat mengeratkan ikatan kasih sayang dalam keluarga.

Suasana aman, damai dan menyenangkan hasil yang diadaptasikan berupaya membentuk masyarakat yang sejahtera dari segi mental dan emosi. Proses sosial berteraskan keindahan lanskap ini akan meningkatkan kebahagiaan dan keharmonian diantara masyarakat sejagat.

 

Dania Woodcraft

Dania Woodcraft telah ditubuhkan pada Januari 2010. Perniagaan dijalankan dalam bidang pembuatan dan pemasaran perabot taman. Operasi utama Dania adalah membuat dan memasarkan perabot taman seperti pondok, pergola, dan gazebo. Selain itu, kami juga menerima tempahan untuk membuat produk lain seperti pagar kayu, awning kayu, chalet, rumah kayu dan sebagainya.

Perniagaan bertapak di Jeram, Perak dan beroperasi sepenuhnya pada May 2013. Sejak itu, perniagaan ini berkembang pesat. Ini kerana lokasi yang strategik dan memberi kelebihan kepada perniagaan ini.

Gaya hidup masa kini turut memberi kelebihan kepada perniagaan ini kerana masyarakat semakin meminati dan terpanggil untuk menghiasi kediaman mereka dengan produk berasaskan kayu. Sehubungan itu, permintaan keatas produk semakin menggalakkan. Produk yang dihasilkan juga semakin bertambah dengan harga yang kompetitif supaya dapat memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan.

Walaupun kemampuan memiliki produk kayu ini lebih memihak kepada golongan berpendapatan tinggi dan sederhana, mereka yang berpendapatan rendah juga tidak terkecuali. Ini kerana mereka juga mampu memiliki produk keluaran Dania memandangkan produk yang dihasilkan adalah mampu dimiliki dan berpatutan.

Perniagaan ini mampu mempunyai masa depan yang cerah disamping faktor lokasi produk dan gaya hidup semasa turut membantu Dania memenuhi dan mencapai matlamat dan objektif.

 

MATLAMAT

Meningkatkan dan memartabatkan serta mengetengahkan seni bina ketukangan kayu dengan rekabentuk, klasik, tradisional, kontemporari dan moden.

 

OBJEKTIF

  1. Merekabentuk dan membuat perabot taman dengan senibina melayu.
  2. Memberikan hasil kerja dan kemasan yang berkualiti kepada setiap pelanggan.
  3. Mengeksport produk ke pasaran global agar senibina ini dikenali di serata dunia.
  4. Memberikan peluang pekerjaan kepada golongan muda disamping mempelajari senibina ini.

 

MAKLUMAT PRODUK

Produk berasaskan kayu boleh dikategorikan kepada berberapa jenis:

Produk pengeluaran

  • Pondok
  • Gazebo
  • Wakaf
  • Pergola
  • Buaian
  • Meja Taman
  • Kolam
  • Rumah haiwan
  • Stall
  • Kiosk

 

Produk tempahan/ ubah suai kediaman

  • Awning
  • Parkir
  • Anjung
  • Serambi
  • Pagar pondok/rumah
  • Pintu pagar/Gerbang
  • Pergola
  • Deck

 

Produk Chalet dan Rumah Kayu

  • Chalet anggerik
  • Chalet orkid
  • Rumah tradisional

 

Jenis Kayu

Produk kami menggunakan kayu terpakai. Diantara jenis kayu yang telah dikenalpasti adalah:

  • Cengal
  • Balau
  • Kempas
  • Keruing
  • Resak

 

Kemasan Akhir

Semua produk akan di lapiskan dengan varnish atau gloss finish mengikut kehendak pelanggan.

 

Harga & tempoh siap

Bergantung kepada produk pilihan termasuk saiz, rekabentuk, bahan mentah, cuaca, giliran menunggu, bayaran, masa tempahan,sumber manusia dan faktor-faktor lain yang berkaitan.

PRODUK UKIRAN

Dania juga menawarkan khidmat ukiran kayu kepada pelanggan.

produk ukiran kayu:

  • Papan bunga
  • Khat
  • Tebar layar
  • tanda Nama
  • ukiran Pintu
  • papan pemanis

 

Jenis ukiran

Ukiran tebuk tembus

Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau berberapa keping papan yang ditebuk sebahagiannya menggunakan gergaji penebuk untuk membuat corak dan bentuk.

ukiran bunga timbul

Ukiran ini tidak tembus. Ianya dipahat agar sebahagian kayu menjadi tiga dimensi. Kebiasaannya terdapat pada perabot, bahan hiasan yang diperbuat daripada kayu dll.

ukiran arca

Ukiran ini banyak terdapat pada ulu keris, kepala tongkat dll. Bunga ukiran adalah lebih halus dan kecil.

ukiran larik

Ukiran larik kebiasaannya digunakan untuk membuat tongkat dan pagar rumah.